KES LELONG DI MAHKAMAH
Hartanah Bernilai RM Tujuh Angka
======================
Sajer nak bukak citer di pagi jumaat
Ini ceriter sebenar
Kes yang sebenar
Kes lelong di mahkamah
Yang aku lalui sendiri
Kes lelong nie aku menang
Bermula dari:
1. Lihat iklan
2. Lawat lokasi
3. Dapatkan POS
4. Buat analisis sendiri
5. Dapatkan pelbagai dokumen tentang cukai tertunggak
6. Buat carian persendirian di pejabat tanah
7. Buat keputusan untuk masuk bidaan
8. Beli bank deraf
9. Tunggu tarikh lelongan dengan berdebar
10. Aku mohon cuti rehat untuk hadir bidaan
11. Aku masuk lelong sendiri
12. Aku menang bidaan ini
13. Aku tersenyum kepuasan
Aku menang dengan bukan harga rizab
Berlawan jugak dengan beberapa orang pembida yang lain
Semua pembida semangat nak menang
Semua pembida semangat untuk membawa kontrak lelongan balik ke rumah
Semua pembida teruja
Hartanah yang bernilai bagi aku ler
Hartanah yang bernilai RM TUJUH ANGKA
Yer TUJUH ANGKA ... Hehehee😄
Aku anggap valueable ler kerana modai aku kecik
Modal pusingan aku tak lah berapa nak besar sangat
Aku masuk lelong pada sekitar julai tahun 2015 iaitu tahun lepas
Pada sekitar 7 bulan yang lalu
Waktu tempoh untuk menyelesaikan baki 90% telah dipatuhi iaitu dalam tempoh 120 hari
Bersusah payah jugak untuk mencarik modal untuk selesaikan baki
Semangat tetap bersemangat
Aku guna khidmat panel lawyer aku untuk uruskan semua urusan
Lawyer berurusan macam biasa
Cuma aku nak citer bahawa dimaklumkan oleh pihak mahkamah bahawa "fail" telah hilang dari simpanan
Adus ... Memang akan memakan masa tempoh untuk mencari fail
Maka proses mencari fail terus dilakukan oleh pihak pengurusan mahkamah
Maka akhir nyer dimaklumkan fail telah dijumpai
Masa dah berlalu lama sangat
Dah masuk 7 bulan
Barulah dokumen akan dilepaskan kepada pihak lawyer aku
Tadi lawyer maklumkan melalui wasup ... Alhamdulillah
Kes nie nak sempurna dapat kan geran maybe makan masa sehingga hampir setahun ler bermula dari tarikh lelong
Antara kes yang agak lama dalam transaksi hartanah lelong yang aku lalui setakat nie untuk sempurnakan geran hakmilik
Kes kes yang lepas tak ler lama sangat
Pelbagai pengalaman dilalui akan mematangkan aku dalam melayan hobi hartanah
Lagi banyak kes kita lalui ... Lagi kita banyak pengalaman kita
Aku sabar dalam mengharungi pelbagai karenah dunia hartanah
Sekadar melayan hobi hartanah
Korang mesti ada pengalaman jugak
Cer citer
No comments:
Post a Comment