25 February 2016

Lawyer hartanah

LAWYER HARTANAH
================

Malam tadi sempat bercakap dongan panel lawyer aku
Lawyer Syazwani sedang menjalankan tugas serentak kes kes berikut:
1. Kes tanah di seremban : status masuk ke lhdn tunggu nilai setem duty
2. Kes rumah bangi : status tunggu resit cukai tanah untuk masuk consent
3. Kes rumah ipoh : status dah buat bayaran penuh dan tunggu dokumen keluar
4. Kes Tanah di perak : status tunggu surat dari majlis daerah untuk masuk consent
5. Kes rumah seremban : status sudah masuk consent tapi belum ada jawapan
6. Kes hartanah di klang : status nak selesaikan hal insolvensi dan kaveat persendirian
7. Kes rumah desa beringin sikamat : status sudah dapat geran dan dihantar ke pembiaya
8. Sedang kaji kes yang baru samaada boleh proceed atau pun tidak : status berhubung mahu carik owner dan ada kaveat pendaftar
Wow memang banyak kes transaksi hartanah aku berjalan secara serentak oleh Lawyer Syazwani
Tak masuk lagi dengan panel lawyer yang lain:
1. Lawyer Matthew di Seremban
2. Lawyer Abdul Aziz di Seremban
Itu sebab borang ckht aku masuk kerap ke pejabat lhdn seremban
Sebab kes aku senantiasa bergerak secara serentak
Ada kes yang baru masuk
Ada kes yang sudah berjalan separuh
Ada kes yang berjalan sudah di penghujung
Ada kes yang hampir hampir nak selesai
Ada kes yang baru dikaji nak di cuba cuba usahakan
Kes kes yang berbeza beza 
Kes yang sukar akan mematang kan diri aku
Aku memang berminat untuk explore kes yang berbagai-bagai
Aku nak tambah ilmu transaksi hartanah
Ada kes yang aku explore memang kes yang rare
Pihak lawyer memang memainkan peranan yang penting
Maka pihak lawyer merupakan pihak yang amat penting bagi memastikan kelancaran sesuatu transaksi hartanah
Korang pun perlu berkawan dengan pihak lawyer jugak
Walaupun tugas tugas lawyer tur memang sepatutnyer dia yang buat 
Tetapi aku memang suker untuk ambik tahu cara cara prosedur tur
Aku belajar dan terus belajar
Sekadar memberi motivasi kepada kenkawan
Sekadar berkongsi ceriter
Aku sekadar melayan hobi hartanah jer

Tolong share untuk beri manfaat kepada kenkawan

No comments:

Post a Comment