=====================
Ceriter semalam monday blues
Aku bercoti rehat sehari
Dah abis pantang tak boleh bercuti selama 28 hari
Mesti nak ambik cuti rehat kerana berbaki tahun lepas pun ado 6 hari lagi
Rindu plak nak bercuti rehat
Ketagih nak ke mahkamah
Betoi ketagih nak hadir ke mahkamah
Jumpa lawyer
Jumpa pelelong
Jumper agent hartanah
Rindu pun yer gak dengan kamar lelongan
Jumpa kenkawan kat situr
Mereka jugak networking aku dalam dunia hartanah
Tahun baru 2016 ini kali pertama aku hadir kes lelongan
Pengalaman sebagai pembida sejak dari dolu dolu memang telah mendewasakan aku
"Kenkawan menyapa ... HELLO BROTHER LAMER TAK DATANG KE SINI"
"Aku jawab ... COTI RAYER CINA Gong Xi Fa Choi MAAAA"
Gelak ketawa memecah kesunyian pagi di luar kamar lelongan mahkamah
Proses lelongan:
1. Lihat tarikh kes lelongan
2. Tahu lokasi lelongan diadakan
3. Dapatkan POS Proclamation Of Sales (Perisytiharan Jualan)
4. Kaji pelbagai maklumat yang ada dalam POS
5. Lawat lokasi hartanah
6. Beli bank deraf dengan nilai 10% nilai harga rizab
7. Datang seawal jam 9 pagi di luar kamar lelongan
8. Tuliskan Info di belakang bank deraf:
A. Nama ikut kad pengenalan
B. Nama kad pengenalan
C. Nombor handphone
D. Nombor kes lelongan mahkamah
E. Alamat hartanah lelongan
9. Masukkan kad pengenalan bersama dengan bank deraf ke dalam peti yang disediakan sebelum jam 9.30 pagi
10. Tepat jam 9.30 pagi peti akan ditutup
11. Sekitar jam 10.15 pagi pegawai mahkamah akan menampal senarai kes yang akan dijalankan lelongan
12. Jam 10.30 pagi kes lelongan akan bermula mengikut kes demi kes
13. Lelongan bermula
14. Tetapkan harga untuk menang
15. Lawan tetap lawan
16. Menang bidaan lelongan atau kalah bidaan lelongan
17. Kiraan 1 kiraan 2 kiraan 3 dan tukul diketuk
18. Tunggu kontrak lelongan ditandatangan dan di matikan setem hasil
19. Bawak balik kontrak lelongan
20. Tamat
21. Keputusan adalah aku tewas dalam 2 kes pada semalam
Kalah dan menang adalah adat dalam dunia lelongan
Redho dan jangan putus asa
Cuber lagi untuk next case
Banyak lagi kes lelongan yang akan datang
Betoikan
No comments:
Post a Comment