24 February 2016

Temberang hartanah

TEMBERANG HARTANAH
===================

Potang semalam after 5pm
Lepas opis hour
Sempat aku ketemu sahabat lama
Sahabat ku rakan sekuliah di Universiti pada tahun 1992
Sahabat yang sama sama makan maggi
Sahabat sekapal orang perak
Beliau kini seorang usahawan yang berjaya
Aku kagumi semangat beliau mengharungi cabaran menuju ke puncak kejayaan
Beliau sudah mula celik hartanah ... Siap bawak buku dan menulis catatan nota apabila aku "TEMBERANG HARTANAH"
Jiko korang nak tambah kawan pesbuk Dipersilakan ke wall pesbuk beliau Mohd Asri Baharain
Kami sama sama bersembang bab hartanah
Kami sama sama berkongsi idea bab hartanah
Kami sama sama "TEMBERANG HARTANAH" .... Hahaha kami gelak bersama sama😄😄😄

Kekadang temberang hartanah adalah positif minda:
1. Melahirkan idea untuk berkecimpung dalam dunia hartanah
2. Melahirkan semangat untuk memiliki hartanah
3. Melahirkan semangat untuk menambah koleksi hartanah
4. Melahirkan semangat untuk menimba ilmu tentang hartanah
5. Melahirkan keinginan untuk belajar teknik teknik hartanah
6. Melahirkan rasa untuk JV hartanah bersama kenkawan terdekat
7. Melahirkan rasa untuk terlibat dalam dunia lelongan hartanah
8. Melahirkan rasa untuk memberi kesedaran kepada kenkawan terdekat untuk kepentingan memiliki hartanah
9. Melahirkan jiwa untuk agihkan wang kepada portfolio hartanah
10. Melahirkan rasa ghairah dalam dunia hartanah sejak dari usia muda

Aku berpandangan bahawa sesekali melepak sambil minum petang menikmati cucur udang kuah kacang boleh memupuk semangat cintakan hartanah
Memberi motivasi kepada kenkawan untuk terlibat dalam dunia hartanah
Bercerita tentang testimoni hartanah
Korang pun boleh lepak lepak gak
Aku sekadar melayan hobi hartanah jer

Sila share untuk manfaat kenkawan

No comments:

Post a Comment