18 February 2016

Autogate pada rumah renovation

AUTOGATE PADA RUMAH RENOVATION
===============================

Potang semalam sekitar jam 6pm
Selepas waktu kerja sempat singgah di rumah yang di renovation
Kerja kerja renovation 90% sudah disiapkan
Potang semalam sudah dipasang autogate pada pagar
Rewiring untuk autogate telah disiapkan kelmarin
Perlu rancang awal untuk pasang autogate ini supaya tidak perlu untuk pecahkan lantai tiles porch bagi memasang rewiring bawah lantai tiles tur
Jika dirancang awal ... Maka rewiring boleh dipasang di bawah tiles ... Baru nampak cantek dan kemas
Kebaikan memasang autogate:
1. Untuk tujuan keselamatan
2. Untuk kemudahan buka dan menutup pintu gate dengan mudah
3. Untuk mencantekkan pagar
4. Untuk nampak pagar lebih nampak menarik
5. Menarik minat buyer untuk membeli jugak jika rumah mahu dijual
Kos rewiring dan autogate bergantung kepada jenama nyer
Dengan memasang autogate jugak boleh menaikkan nilai rumah tur
Memang memudahkan diri kita apabila memasang autogate nie ... Tak perlu keluar dari kereta sewaktu mahu membuka dan menutup pintu pagar ... Just tekan remote jer 
Betoikan


No comments:

Post a Comment