14 February 2016

Berkawan dengan agent hartanah

BERKAWAN DENGAN AGENT HARTANAH
================================

Sebagai seorang penggiat hartanah yang aktif
Aku berkawan dengan semua orang:
1. Aku berkawan rapat dengan jiran jiran
2. Aku berkawan rapat dengan rakan bekas opis lama
3. Aku berkawan rapat dengan bekas geng sekolah
4. Aku berkawan rapat dengan bekas geng universiti
5. Aku berkawan rapat dengan geng geng penggiat hartanah
6. Aku berkawan rapat dengan rakan di pesbuk
7. Aku berkawan rapat dongan salesman rumah dan salesgirl yang promosikan rumah (yang ala ala chomei macam cik fushu sanduk) ... Hehehe 😜😜😜 ... Korang jangan jeles yer
8. Aku berkawan rapat dengan rakan banker
9. Aku berkawan rapat dengan Agent Hartanah REN jugak
Kelmarin aku call Agent Hartanah untuk tolong carikan rumah rumah busuk untuk aku tambah stok ... Betoi nak tambah stok lagi
Aku tak lokek nak bayo AGENT FEE 3% ... Dia orang pun nak carik rezeki jugak
Inilah cara aku untuk mencari ikhtiar ikhtiar memiliki hartanah
Peluang ini akan datang dari pelbagai sudut dan penjuru
Maka aku akan dapat peluang untuk membeli pelbagai peluang hartanah seperti:
1. Hartanah subsale
2. Hartanah lelong
3. Hartanah baru 
4. Hartanah untuk di sewa
5. Hartanah untuk di sublet
Walaupun aku seorang penggiat hartanah yang aktif sejak dari dolu dolu lagi
Tapi aku bergerak secara "solo" sahaja
Aku tidak memiliki "team" reramai
Aku tidak mempunyai syarikat pun
Cuma aku dibantu oleh "lalink wife" sahaja ... (Itu pun sorang jer ... Korang jangan cakap aku gatal gatal nak tambah cawangan pulak 😄😄😄)
Yang penting transaksi aku senantiasa "lebat"
Transaksi aku terus aktif dari masa ke semasa ... Terus bergerak aktif ... Melunjur laju aktif nyer
TQ ALLAH atas momentum ini
Aku hanya layan hobi hartanah jer

HOBI HARTANAH
www.irajak.com

Tolong share kan untuk manfaat bersama

#layanhobi

No comments:

Post a Comment